Kami menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan yang boleh dipercayai untuk menjaga premis, aset dan orang tersayang anda. Pegawai keselamatan kami terlatih, berdisiplin dan sentiasa bersedia memastikan persekitaran anda kekal selamat.
Tentang kami
Noris Protection Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Ogos 2016, menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dan berdaftar dengan Persatuan Penyediaan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).
Dimiliki 100% oleh warganegara Malaysia dengan modal berdaftar RM1,000,000, kami bergerak aktif dalam pasaran keselamatan tempatan, menawarkan perlindungan insurans seperti Professional Indemnity, Fidelity Guarantee, Public Liability, Group Personal Accident, dan Perkeso untuk kakitangan pengawal.
Dengan pengalaman kukuh, pengurusan cekap, kewangan stabil, dan pengawal terlatih, kami mampu memberikan perkhidmatan berkualiti, memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan keselamatan sentiasa terjaga.
Pengawal kami sentiasa bersedia bertindak dengan pantas, dilengkapi peralatan komunikasi terkini dan kenderaan standby pada bila-bila masa.
Misi
Menjadi Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang kukuh dan berdaya saing. Kepercayaan dan keperikemanusiaan menjadi keutamaan kami. Dengan konsep dan matlamat yang nyata dan jelas, kami mampu unggul dan berdaya maju dalam menuju wawasan negara.
Visi
Sentiasa memberi dan menambah mutu perkhidmatan bagi memastikan harta benda dan pelanggan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Kami juga akan memberi penekanan kepada :-
- Kecemerlangan Syarikat
- Kepercayaan Pelanggan
- Mutu Perkhidmatan
- Imej Terbaik
OBJEKTIF
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada para belia, penganggur terutama sekali kepada bekas bekas anggota pasukan keselamatan.
- Memberi perlindungan keselamatan terhadap harta benda dan pelanggan serta membantu pihak polis mengurangkan jenayahterhadap harta benda.
- Melatih dan memberi pengetahuan serta menanam semangat kesedaran terhadap keselamatan harta benda syarikat dan masyarakat.
Perkhidmatan kami
Kami menyediakan pengawal keselamatan yang berkelayakan dan berpengalaman untuk individu dan perniagaan dengan tugasan keselamatan jangka panjang dan sementara. Pelanggan kami merangkumi pelbagai perniagaan dan individu dalam firma berteknologi tinggi, sekolah, bank dan pemilik harta peribadi.
- Pengawal berlesen & terlatih
- Tapisan keselamatan ketat
- Disiplin tinggi & berintegriti
- Bersedia 24 jam
- Respons pantas terhadap situasi kecemasan
- Kawalan pintu masuk dan keluar premis
- Rondaan keselamatan secara berkala
- Pemantauan aktiviti mencurigakan
- Pengurusan pelawat dan kenderaan
- Pengendalian situasi kecemasan
- Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan keselamatan statik
- Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan berlesen
- Mengamalkan sistem pengurusan operasi yang teratur
- Memberikan komitmen tinggi terhadap keselamatan dan kepuasan pelanggan
- Keupayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan secara fleksibel
pelanggan PROJEK kami
Antara pelanggan yang telah mempercayai dan bekerjasama dengan kami dalam pelaksanaan perkhidmatan keselamatan.
LATIHAN PENGAWAL KESELAMATAN
Program latihan yang dirangka untuk meningkatkan kemahiran dan tahap profesionalisme pengawal.
CSG
TNG
SIJIL KAMI
Pengiktirafan dan sijil yang diperolehi sebagai bukti komitmen kami dalam memastikan standard keselamatan yang tinggi dan perkhidmatan yang berkualiti.
