TENTANG
“Kenali Kami Dengan Lebih Dekat”
Tentang kami
Noris Protection Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Ogos 2016, menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dan berdaftar dengan Persatuan Penyediaan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).
Dimiliki 100% oleh warganegara Malaysia dengan modal berdaftar RM1,000,000, kami bergerak aktif dalam pasaran keselamatan tempatan, menawarkan perlindungan insurans seperti Professional Indemnity, Fidelity Guarantee, Public Liability, Group Personal Accident, dan Perkeso untuk kakitangan pengawal.
Dengan pengalaman kukuh, pengurusan cekap, kewangan stabil, dan pengawal terlatih, kami mampu memberikan perkhidmatan berkualiti, memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan keselamatan sentiasa terjaga.
Pengawal kami sentiasa bersedia bertindak dengan pantas, dilengkapi peralatan komunikasi terkini dan kenderaan standby pada bila-bila masa.
Misi
Menjadi Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang kukuh dan berdaya saing. Kepercayaan dan keperikemanusiaan menjadi keutamaan kami. Dengan konsep dan matlamat yang nyata dan jelas, kami mampu unggul dan berdaya maju dalam menuju wawasan negara.
Visi
Sentiasa memberi dan menambah mutu perkhidmatan bagi memastikan harta benda dan pelanggan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Kami juga akan memberi penekanan kepada :-
- Kecemerlangan Syarikat
- Kepercayaan Pelanggan
- Mutu Perkhidmatan
- Imej Terbaik
OBJEKTIF
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada para belia, penganggur terutama sekali kepada bekas bekas anggota pasukan keselamatan.
- Memberi perlindungan keselamatan terhadap harta benda dan pelanggan serta membantu pihak polis mengurangkan jenayahterhadap harta benda.
- Melatih dan memberi pengetahuan serta menanam semangat kesedaran terhadap keselamatan harta benda syarikat dan masyarakat.
